Laman ini menyiarkan informasi tentang pembinaan surau kampung di atas tanah wakaf khas arwah Hj. Lateh Din. Tanah wakaf tersebut telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kedah no. pendaftaran: MAIK/WKF/KP/L/173(02) pada 5 Julai 2018 dan mendapat kebenaran pembinaan pada 3 Mac 2023. Pembinaan dilakukan sedikit demi sedikit bermula 1 Disember 2023. Kini aras 1 telah mula digunakan mulai Ramadhan 1445H (2024).
