Laporan Ramadhan 1447 – Surau Haji Lateh

  1. Assalamualaikum wrt wbt. Salam Eidul Fitri. Diucapkan (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ) kepada seluruh peserta dan penginfaq Surau Haji Lateh, Kg Kelubi Luar Jitra dan seluruh umat Islam.
  2. Sepanjang Ramadhan 1447 program Ihya Ramadhan berjalan lancar termasuklah iftar, tarawih, tahlil, moreh serta program pengajian Iqra dan al-Quran lebih 40 pelajar yang dilaksanakan seperti biasa dengan bimbingan 3 guru.
  3. Dimaklumkan jumlah infaq Ramadhan dari 24 Feb – 19 Mac 2026 adalah RM29,962 yang dibahagikan kepada pecahan berikut:
  • Infaq lot Ihya’ Ramadhan: RM7,500 (150 lot)
  • Infaq aktiviti & pembangunan: RM18,462
  • Infaq tar jalan: RM1,000
  • Zakat perniagaan: RM3,000
  1. Jumlah perbelanjaan sepanjang Ramadhan 1447 (18 Feb – 19 Mac 2026) adalah RM29,782 yang dibahagikan kepada pecahan berikut:
  • Iftar & moreh: RM8,056
  • Tahlil & Imam: RM2,500
  • Sedekah (Beras, telur dll): RM2,384
  • Zakat Asnaf (Pengajian): RM3,000
  • Pembangunan: RM13,842 (Aircond RM2,250); Pagar & signage RM8,596; Langsir: RM200; Jalan simen RM2,796)
  1. Baki infaq Ramadhan tahun ini RM180 sahaja. Detail infaq dan perbelanjaan Ramadhan ini disertakan DI SINI (nama penginfaq digelapkan untuk menjaga privasi).
  2. Surau ini dibina 100% daripada sumbangan anda sejak Ramadhan 1443. Walaupun masih kekurangan sekitar RM30,000 untuk kerja akhir tingkat atas, cat, longkang dan pagar, namun adalah dimaklumkan, Ramadhan ini adalah hebahan sumbangan yang terakhir. Jasa anda membina rumah Allah ini sesekali tidak dilupakan!
  3. Program ‘Donate a Brick’ akan terus dibuka bagi yang sudi menyumbang, namun akan digunakan untuk kos utiliti dan aktiviti surau yang melebihi RM2,000 sebulan.
  4. Surau akan mengadakan takbir raya pada malam raya. Takbir juga akan dibuat pada awal pagi hingga solat raya yang akan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Duit raya anak-anak juga akan disampaikan selepas khutbah.
  5. Pihak surau turut mengadakan jamuan raya nasi minyak kampung selepas khutbah raya, justeru semua anak cucu termasuk anak-anak perantauan dijemput hadir. Terima kasih.

Surau Haji Lateh
Akaun Maybank No: 552068592147
30 Ramadhan 1447
Info terkini layari FB: Surau Haji Lateh